Tahanan dan hukuman Pembunuhan Junko Furota

Pemuda tersebut ditahan dan dibicara sebagai orang dewasa; tetapi, menurut cara negeri Jepun menangani jenayah yang dilakukan oleh remaja, identiti mereka dirahsiakan. Bagaimanapun, majalah Shūkan Bunshun melaporkan nama sebenar mereka, mendakwa bahawa "hak kemanusiaan tidak terpakai pada binatang".

Bagi pembabitannya dalam jenayah, Kamisaku dihukum lapan tahun di tahanan remaja sebelum dia dibebaskan pada Ogos1999. Pada Juli 2004, di ditahan kerana menyerang kenalan, yang dia percaya mengumpan teman wanitanya darinya, dan dikatakan bercakap besar mengenai kelakukan sebelumnya.[1] Kamisaku dipenjara selama tujuh tahun kerana memukul.

Keluarga Junko kecewa dengan hukuman yang diterima oleh pembunuh anak perempuan mereka dan memulakan saman awam terhadap keluarga pemuda di mana jenayah dilakukan. Apabila sesetengah sabit kesalahan dibatalkan kerana masaalah bukti fizikal (mani dan rambut ari-ari yang diambil dari mayat tidak menyamai pemuda yang ditahan), penguambela yang mengendali saman awam memutuskan tiada kes untuk diteruskan dan enggan meneruskannya.

Pada Julai 1990 mahkamah rendah menjatuhkan hukuman ketua pendera selama tujuh belas tahun dipenjara. Mahkamah menjatuhkan salah seorang yang terbabit empat hingga enam tahun, seorang lagi selama tiga hingga empat tahun, dan seorang lagi hukuman tidak ditetapkan antara lima hingga sepuluh tahun. Ketua dan dua yang pertama merayu hukuman mereka. Mahkamah tinggi menjatuhkan hukuman lebih berat kepada ketiga-tiga pihak merayu.

Hakim bersidang, Ryūji Yanase, menyatakan bahawa mahkamah melakukannya kerana sifat jenayah, kesannya pada keluarga mangsa, dan kesan kepada masyarakat. Ketuanya menerima hukuman dua puluh tahun, hukuman kedua berat selepas penjara seumur hayat. Bagi kedua yang bersubahat, yang menerima hukuman asal empat hingga enam tahun, menerima hukuman lima hingga sembilan tahun. Seorang lagi hukumannya ditingkatkan kepada lima hingga tujuh tahun.[3]